mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)

Tarikh: 9 Oktober 2025
Masa: 7.00 am – 2.00 pm
Lokasi: SJKC Bandar Sri Sendayan
Peserta: 360 orang murid dan guru dari 30 buah sekolah-sekolah rendah Daerah Seremban.

Tujuan

Seramai 30 fasilitator dari NADI Negeri Sembilan & Selangor menyertai program kempen internet selamat yang dihadiri oleh YBM Datuk Fahmi Fadzil

Kempen Internet Selamat ialah inisiatif yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran dan literasi digital rakyat Malaysia, terutamanya golongan pelajar dan masyarakat setempat, mengenai keselamatan dalam talian. Kempen ini bertujuan mendidik pengguna tentang risiko seperti penipuan, buli siber, dan eksploitasi kanak-kanak, serta menggalakkan penggunaan internet yang bijak dan bertanggungjawab. 

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan termasuklah taklimat keselamatan internet, perkongsian kes jenayah siber, tayangan video kesedaran, kuiz interaktif serta sesi soal jawab bersama peserta.

Gambar disini