PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT

Laporan Aktiviti | October 3, 2025
Tarikh: 2 Oktober 2025
Masa: 9.00 am – 1.00 pm
Lokasi: Pusat Kegiatan Guru Bahau
Peserta: 16 orang pelajar & 8 orang guru pengiring

Tujuan

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Raja Alias telah berkerjasama dengan NADI Kampung Lonek dalam program Kempen Internet Selamat (KIS)

Tujuan Kempen Internet Selamat adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penggunaan internet secara bijak, mengelakkan risiko jenayah siber, serta memupuk budaya melayari internet dengan selamat dan bertanggungjawab.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan termasuklah taklimat keselamatan internet, perkongsian kes jenayah siber, tayangan video kesedaran, kuiz interaktif serta sesi soal jawab bersama peserta.

Gambar disini