mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Program Perkhidmatan Pintar – NADI Felda Raja Alias 1 x E-sukan (MUHAMMAD FAIZ BIN MUHAMMAD YUSUF)

ITEM JENISINFORMATION MAKLUMAT
Maklumat NADINama NADI: NADI Felda Raja Alias 1
Pengurus: Siti Nasarah bt Md Sahib
Penolong Pengurus: Nur Nazihah binti Nazri
Emel: m.feldarajaalias1@tm.nadi.my / am.feldarajaalias1@tm.nadi.my
 LokasiDaerah: Jempol
DUN: Serting
Mukim: Serting
Parlimen: P127 Jempol
Negeri: Negeri Sembilan
 
 Maklumat Individu/ OrganisasiNama: Muhammad Faiz bin Muhammad Yusuf
Umur: 17 tahun
Tahun menjadi Ahli NADI 2024
 Latar BelakangSejak di bangku sekolah, Muhammad Faiz bin Muhammad Yusuf merupakan seorang yang bersemangat dan rajin dalam pelajaran. Beliau juga aktif menyertai aktiviti kokurikulum, terutamanya dalam bidang E-Sukan. Bakat dan minat beliau dalam arena ini terbukti apabila beliau diberi kepercayaan untuk mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan E-Sukan secara kompetitif.
 Kisah kejayaan  Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI   Sebelum mengetahui NADI mempunyai program E-sukan, penglibatan beliau dalam E-Sukan hanya terhad di peringkat sekolah. Namun, selepas mengetahui dan menyertai anjuran NADI x E-Sukan, beliau mula menyertai pelbagai program Kesedaran Mengenai E-Sukan dan Pertandingan Mobile Legends Peringkat Saringan NADI, beliau mula mengembangkan potensi dan memperluaskan jaringan dalam komuniti E-Sukan.
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI 
Menyertai program e-sukan di NADI memberi banyak kesan positif kepada beliau seperti peningkatan kemahiran digital, komunikasi dan kerja berpasukan. Selain itu, beliau turut mempelajari untuk disiplin dalam permainan, pengurusan masa serta strategi berfikir secara kritis ketika bermain. Pencapaian beliau adalah apabila kumpulan beliau telah terpilih untuk mewakili NADI Felda Raja Alias 1 ke peringkat negeri dalam Pertandingan Mobile Legends Season 3. Kumpulan beliau mendapat tempa ke4 dalam pertandingan tersebut. Ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan dan membuka lebih banyak peluang kepada beliau dalam bidang ini.

MaklumbalasMenurut Muhammad Faiz bin Muhammad Yusuf, beliau sangat gembira dan bersyukur kerana berpeluang mengikuti program-program di bawah NADI x E-Sukan. Sepanjang penglibatannya, beliau telah memperoleh pelbagai ilmu dan kemahiran yang amat bermanfaat, bukan sahaja dari sudut permainan tetapi juga dari aspek kerjasama berpasukan, kepimpinan, dan etika dalam E-Sukan. Beliau amat berharap lebih ramai pelajar dan belia dapat turut serta dalam program seumpama ini pada masa hadapan.
  1. Kelas Program Kesedaran NADI X E-Sukan 

2) Pertandingan Peringkat Saringan NADI Felda Raja Alias 1 dan Peringkat Negeri (Tempat ke-4)