| ITEM JENIS | INFORMATION MAKLUMAT |
| Maklumat NADI | Nama NADI: NADI Felda Raja Alias 1 Pengurus: Siti Nasarah bt Md Sahib Penolong Pengurus: Nur Nazihah binti Nazri Emel: m.feldarajaalias1@tm.nadi.my / am.feldarajaalias1@tm.nadi.my |
| Lokasi | Daerah: Jempol DUN: Serting Mukim: Serting Parlimen: P127 Jempol Negeri: Negeri Sembilan |
| Maklumat Individu/ Organisasi | Nama: Rohana binti Mamat Umur: 52 tahun Tahun menjadi Ahli NADI 2024 |
| Latar Belakang | Puan Rohana merupakan seorang suri rumah yang ingin membantu pendapatan keluarga. Beliau bermula dengan menjual kerepek yang dibuat di tempat pemprosesan di Felda Raja Alias 4. Antara kerepek yang dikeluarkan oleh beliau adalah kerepek gunting, maruku kacang peas, kerepek pisang, maruku berempah, kacang salut, bakawali manis serta bakawali berempah |
| Kisah kejayaan | Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI Sebelum mengenali NADI, Puan Rohana mengetahui mengenai SSM dan status halal bagi sesuatu produk. Namun, beliau tidak mengetahui cara-cara untuk memohon. Beliau telah hadir di NADI dan petugas NADI membantu Puan Rohana untuk memohon sijil halal tersebut serta penyediaan bahan untuk menghadiri kursus halal. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI Setelah mengenali NADI, Puan Rohana dapat mengetahui pelbagai bantuan yang boleh dimohon oleh seorang usahawan. Puan Rohana juga mengikuti kelas-kelas usahawan yang dijalankan di NADI. Kini perniagaan Puan Rohana juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan bantuan petugas NADI. |
| | |
| Maklumbalas | Menurut Pn Rohana Binti Mamat beliau sangat gembira dan bersyukur kerana berpeluang mengikuti program-program di bawah NADI x Keusahawanan. Sepanjang penglibatannya, beliau telah memperoleh pelbagai ilmu dan kemahiran yang amat bermanfaat. Petugas NADI Felda Raja Alias 1 banyak membantu beliau dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT. |
- Program Cohort NADI X Keusahawanan

