mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Program Perkhidmatan Pintar – NADI Felda Raja Alias 1 (Nur Aina Zulaikha Binti Mohd Shahril)

ITEM JENISINFORMATION MAKLUMAT
Maklumat NADINama NADI: NADI Felda Raja Alias 1
Pengurus: Siti Nasarah bt Md Sahib
Penolong Pengurus: Mohd Noor Hakim bin Hamdan
Emel s.nasarah@pedi.my / m.noorhakim@pedi.my
  LokasiDaerah: Jempol
DUN: Serting
Mukim: Serting
Parlimen: P127 Jempol
Negeri: Negeri Sembilan    
 
  Maklumat Individu/ Organisasi Nama: Nur Aina Zulaikha Binti Mohd Shahril
Umur: 17
Tahun menjadi Ahli NADI 2024            
  Latar BelakangNur Aina Zulaikha Binti Mohd Shahril merupakan seorang individu yang rajin dan gigih dalam aspek pembelajaran. Beliau sentiasa menunjukkan semangat tinggi dalam menimba ilmu serta berdisiplin dalam mengurus masa untuk belajar. Sifat mesra dan sopan santunnya menjadikan beliau disenangi bukan sahaja dalam kalangan rakan-rakan, malah turut mendapat kepercayaan dan sokongan daripada para guru di sekolah.
  Kisah kejayaan  Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menyertai Program DILEA di NADI, beliau hanya bergantung kepada ulang kaji pelajaran di rumah dan di sekolah. Sumber pembelajaran yang terhad sedikit sebanyak menghadkan peluang beliau untuk memperluas pengetahuan dan kemahiran akademik. Namun begitu, segalanya berubah setelah beliau mengenali dan menyertai program yang ditawarkan oleh NADI. 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI  
Melalui penyertaan aktif dalam Program DILEA, beliau telah menyertai pelbagai kelas tambahan seperti Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, Matematik dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, pelbagai webinar berkualiti turut ditawarkan, antaranya webinar motivasi, webinar berkaitan permohonan UPU, dan banyak lagi program pembangunan diri yang membuka lebih banyak peluang dan perspektif baharu dalam dunia pendidikan.
  Maklumbalas  “Selain daripada rumah dan sekolah, saya juga dapat mengulangkaji pelajaran di NADI dengan adanya Program DILEA yang diadakan. Program ini sangat membantu saya dalam meningkatkan kefahaman terhadap subjek serta memberi semangat baharu untuk terus berjaya.” 

1)  Kelas Program Bimbingan Akademik DILEA

2)  Kelas Bahasa Melayu dan Sejarah DILEA