mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Program Perkhidmatan Pintar – NADI Felda Raja Alias 1 (Muhammad Farish Danish Bin Mohamad Rasid)

ITEMJENISINFORMATIONMAKLUMAT
Maklumat NADINama NADI: NADI Felda Raja Alias 1
Pengurus: Siti Nasarah bt Md Sahib
Penolong Pengurus: Mohd Noor Hakim bin Hamdan
Emels.nasarah@pedi.my / m.noorhakim@pedi.my
 LokasiDaerah: Jempol
DUN: Serting
Mukim: Serting
Parlimen: P127 Jempol
Negeri: Negeri Sembilan
 
 Maklumat Individu/ OrganisasiNama: Muhammad Farish Danish Bin Mohamad Rasid
Umur: 16
Tahun menjadi Ahli NADI 2024
 Latar BelakangSejak di bangku sekolah, Muhammad Farish Danish bin Mohamad Rasid dikenali sebagai seorang pelajar yang rajin dan berdedikasi dalam pelajaran. Beliau juga aktif menyertai aktiviti kokurikulum, terutamanya dalam bidang E-Sukan. Bakat dan minat beliau dalam arena ini terbukti apabila beliau diberi kepercayaan untuk mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan E-Sukan secara kompetitif.
 Kisah kejayaan Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI   Sebelum mengenali inisiatif dan peluang yang ditawarkan oleh NADI, penglibatan beliau dalam E-Sukan hanya terhad di peringkat sekolah. Namun, segalanya berubah selepas beliau menyertai program-program anjuran NADI x E-Sukan. Melalui pelbagai program seperti Program Kesedaran Mengenai E-Sukan dan Pertandingan Mobile Legends Peringkat Saringan NADI, beliau mula mengembangkan potensi dan memperluaskan jaringan dalam komuniti E-Sukan. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
  Kemuncak pencapaian beliau adalah apabila kumpulan beliau telah terpilih untuk mewakili NADI Felda Raja Alias 1 ke peringkat negeri dalam Pertandingan Mobile Legends, satu pencapaian yang sangat membanggakan dan membuka lebih banyak peluang kepada beliau dalam bidang ini.

MaklumbalasMenurut Muhammad Farish Danish bin Mohamad Rasid, beliau sangat gembira dan bersyukur kerana berpeluang mengikuti program-program di bawah NADI x E-Sukan. Sepanjang penglibatannya, beliau telah memperoleh pelbagai ilmu dan kemahiran yang amat bermanfaat, bukan sahaja dari sudut permainan tetapi juga dari aspek kerjasama berpasukan, kepimpinan, dan etika dalam E-Sukan. Beliau amat berharap lebih ramai pelajar dan belia dapat turut serta dalam program seumpama ini pada masa hadapan.

1)  Kelas Program Kesedaran NADI X E-Sukan 

2) Pertandingan Peringkat Saringan NADI Felda Raja Alias 1 dan Peringkat Negeri