| ITEM JENIS | INFORMATION MAKLUMAT |
| Maklumat NADI | Nama NADI: NADI Felda Raja Alias 1 Pengurus: Siti Nasarah bt Md Sahib Penolong Pengurus: Mohd Noor Hakim bin Hamdan Emel s.nasarah@pedi.my / m.noorhakim@pedi.my |
| Lokasi | Daerah: Jempol DUN: Serting Mukim: Serting Parlimen: P127 Jempol Negeri: Negeri Sembilan |
| Maklumat Individu/ Organisasi | Nama: Rusliza Binti Zulikefli Umur: 44 Tahun menjadi Ahli NADI 2024 |
| Latar Belakang | Puan Rusliza merupakan seorang suri rumah yang mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan tambahan bagi membantu kewangan keluarga. Bermula dari rumah, beliau menjalankan perniagaan Sambal dan Laici Kang secara kecil-kecilan dengan niat untuk memperkasa diri dalam bidang keusahawanan. |
| Kisah kejayaan | Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI Sebelum mengenali program NADI x Keusahawanan, beliau menghadapi kekangan ilmu dan pendedahan dalam dunia keusahawanan. Beliau mengalami kesukaran untuk mengembangkan perniagaannya secara lebih teratur dan mampan, terutamanya dalam aspek pemasaran, pengurusan dan strategi perniagaan. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI Segalanya berubah apabila beliau menyertai program NADI x Keusahawanan yang dianjurkan oleh NADI. Melalui penyertaan dalam pelbagai aktiviti seperti Program Cohort, Bootcamp, dan Webinar Usahawan, beliau berjaya memperoleh banyak pengetahuan baharu dan kemahiran praktikal dalam bidang keusahawanan. Program-program ini telah membuka minda beliau tentang potensi dan kaedah sebenar untuk memajukan perniagaan. |
| Maklumbalas | Beliau sangat teruja dan bersyukur dengan peluang yang diberikan melalui program ini. Pengalaman menyertai program keusahawanan ini bukan sahaja memperkasakan beliau sebagai usahawan, malah membina keyakinan diri untuk terus maju. Beliau berharap agar program seperti ini dapat diteruskan dan dikembangkan agar lebih ramai usahawan, terutamanya suri rumah seperti beliau, dapat menikmati manfaat yang sama. |
1.Program Cohort NADI X Keusahawanan

2) Kelas Webinar Bimbingan NADI X Keusahawanan

