mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X LIFELONG | CYBERSECURITY : ANCAMAN KAMERA TERSEMBUNYI, APA YANG PERLU ANDA TAHU

Tarikh: 4 Disember 2025
Masa: 3PM-4.30PM
Lokasi: NADI Felda Raja Alias 1
Peserta: 1 Orang

Tujuan

Tujuannya untuk peserta mempelajari apakah sebenarnya kamera tersembunyi, bagaimana teknologi ini berfungsi serta mengapa ia sering disalahgunakan untuk tujuan mengintip dan merakam tanpa kebenaran. Webinar ini akan menerangkan jenis-jenis kamera yang biasa digunakan, termasuk kaedah penyamaran seperti dalam pengecas telefon, alat pengesan asap, jam digital atau peralatan elektronik kecil yang sukar dikesan.

Aktiviti

Webinar ini merangkumi penerangan asas tentang cara kamera tersembunyi berfungsi, tanda-tanda kewujudan kamera spy di tempat awam atau penginapan, demonstrasi mudah teknik mengesan kamera menggunakan telefon dan cahaya, serta perkongsian langkah keselamatan yang perlu diambil jika menemui kamera mencurigakan. Peserta juga akan diberi tip pencegahan, hak undang-undang, dan sesi soal jawab ringkas di akhir program.

Gambar disini