mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Program Perkhidmatan Pintar-NADI Felda Raja Alias 1 (Rohana binti Mamat)

ITEM JENISINFORMATION MAKLUMAT
Maklumat NADINama NADI: NADI Felda Raja Alias 1
Pengurus: Siti Nasarah bt Md Sahib
Penolong Pengurus: Nur Nazihah binti Nazri
Emel: m.feldarajaalias1@tm.nadi.my / am.feldarajaalias1@tm.nadi.my
 LokasiDaerah: Jempol
DUN: Serting
Mukim: Serting
Parlimen: P127 Jempol
Negeri: Negeri Sembilan
 
 Maklumat Individu/ OrganisasiNama: Rohana binti Mamat
Umur: 52 tahun
Tahun menjadi Ahli NADI 2024
 Latar BelakangPuan Rohana merupakan seorang suri rumah yang ingin membantu pendapatan keluarga. Beliau bermula dengan menjual kerepek  yang dibuat di tempat pemprosesan di Felda Raja  Alias 4. Antara kerepek yang dikeluarkan oleh beliau adalah kerepek gunting, maruku kacang peas, kerepek pisang,  maruku berempah,  kacang salut, bakawali manis serta bakawali berempah
 Kisah kejayaan Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI   Sebelum mengenali NADI, Puan Rohana mengetahui mengenai SSM dan status halal bagi sesuatu produk. Namun, beliau tidak mengetahui cara-cara untuk memohon. Beliau telah hadir di NADI dan petugas NADI membantu Puan Rohana untuk memohon sijil halal tersebut serta penyediaan bahan untuk menghadiri kursus halal.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah mengenali NADI, Puan Rohana dapat mengetahui pelbagai bantuan yang boleh dimohon oleh seorang usahawan. Puan Rohana juga mengikuti kelas-kelas usahawan yang dijalankan di NADI. Kini perniagaan Puan Rohana juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan bantuan petugas NADI.

MaklumbalasMenurut Pn Rohana Binti Mamat beliau sangat gembira dan bersyukur kerana berpeluang mengikuti program-program di bawah NADI x Keusahawanan. Sepanjang penglibatannya, beliau telah memperoleh pelbagai ilmu dan kemahiran yang amat bermanfaat. Petugas NADI Felda Raja Alias 1  banyak membantu beliau dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT.
  1. Program Cohort NADI X Keusahawanan