mcmc
Maklumat Am

42,000 PELAJAR DI SELURUH NEGARA TELAH MENIKMATI TUISYEN DIGITAL

Seramai 42,000 pelajar sekolah rendah & menengah di seluruh negara telah menikmati manfaat tuisyen digital percuma melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sejak September tahun lalu.

Inisiatif Digital Learning & e-Kelas ini membuka peluang kepada pelajar khususnya daripada kumpulan B40 untuk mendapat akses kelas tambahan berkualiti secara percuma.

Dengan 1,099 pusat NADI dilengkapi internet stabil, pendidikan kini lebih inklusif dari bandar hingga ke pulau terpencil.

#MCMC #NADI #RancakkanMADANI #DigitalLearning